Ini perjalanan aku mengejar mimpi...

perjalanan baru telah bermula



Masih ingat lagi iklan ini ni? Burung apa? Burung apa? tanya si ayah pada si anak. si anak dah mula meninggikan suara pada si ayah bila si ayah asik bertanyakan soalan yang sama sahaja pada si anak. Sian si Ayah. Sedangkan dahulu waktu si anak kecil, si anak pernah bertanyakan soalan yang sama pada si ayah..berkali kali.. tanpa rasa jemu si ayah menjawab soalan itu berkali kali tanpa rasa marah.. tanpa rasa bosan..tanpa rasa jemu. Begitulah kasih seorang ayah pada seorang ayah.



Cerita Si Ayah : myMetro

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.


BUKTI...Abdul Rahman menunjukkan surat pembedahan jantung yang dikeluarkan Hospital Pulau Pinang.

“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.


Alasan Si Anak : BH Online


KANGAR: Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.

Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi, kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.

Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .

Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak, katanya.

Menurutnya, bapa dan ibunya bercerai beberapa tahun lalu. Ibunya yang sudah berkahwin lain serta menetap bersama suami baru pula sering bertandang ke rumahnya di Beseri, dekat sini.

Kekerapan ibu bertandang ke rumah mendorong saya meminta bapa mencari tempat lain untuk dia berteduh, katanya yang berniaga secara kecil-kecilan di sini.

Ditanya kenapa dia tergamak meninggalkan bapanya yang uzur di tepi jalan, lelaki itu dengan selamba mendakwa memberi alasan bapanya tiada saudara-mara di Perlis kerana berasal dari Langkawi.


Cukuplah 2 cerita di atas, sebagai bukti apa yang berlaku dalam masyarakat kita. Buang ayah..buang emak. Wahai anak, kenanglah budi ibu bapa anda. Jangan sisiahkan mereka. Tak mustahil jika satu hari nanti anak anda sendiri akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Jangan main-main dengan balasan Allah. baik buruk mereka tetap ibu.. tetap ayah anda juga.

"Ya Allah kau jadikanlah aku seorang anak yang soleh, yang mampu menjaga dan membalas budi dan jasa ahli keluarga aku. Walaupun aku tahu, walaupun emas segunung sekalipun aku dapat beri kepada meraka belum tentu dapat membalas jasa budi mereka, menjaga dan mendidik aku sejak jari kecil."

Seorang ibu,seorang bapa mampu menjaga sepuluh orang anak, namun belum tentu seorang sepuluh orang anak mampu menjaga seorang ibu, seorang bapa. Agaknya kalau mereka tahu sikap anak mereka macam ni..nasib mereka macam ni. Agak apa yang akan di lakukan pada anak mereka itu dahulu ek. Renung-renungkanlah.

The Date


Clock

Facebook Badge

Tentang aku

Aku sama seperti kalian, hanya seorang yang masih lagi mencari-cari hala tuju dalam laluan hidup yg aku sendiri tak tahu kemana ia akan membawa aku...

YM! Pingbox

Hit Counter

Quotes

ShoutBox


Labels