Ini perjalanan aku mengejar mimpi...

perjalanan baru telah bermula


Salam ramadhan aku ucapkan kepada muslimin dan muslimat seluruh dunia. Yang membaca enry ini atau tidak. Di harapkan kalian masih segar bugar sentiasa hendaknya. Actually ini adalah ramadhan kali ke 23 or 24 dalam idup aku sejak aku di lahirkan kat muka bumi tuhan ini. Teringat aku lagi waktu kecik-kecik dahulu. Kalau sehari aku puasa penuh mak aku akan memberikan RM1.. untuk setengah hari RM0.50 sen jelah. so untuk 30 hari puasa penuh aku akan mendapat duit raya RM30.00. So bila hari raya ada la adik beradik yang dapat RM25 RM15 hehe.

Then teringat lagi waktu bila waktu arwah makcik, dan mama ada lagi. Kat quarters JKR dahulu. Waktu berbuka tu memang penuh la meja kat rumah mama, dengan kurmanya, murtabak la, kuih muih, mee goreng, ayam percik dan lain-lain. dengan air yg beraneka. soya la.. teh o la.. tebu la.. memang syok! memang terasa kemeriahan beruasa pada waktu itu. Waktu tu awal-awal lagi kami adik beradik da standby kat meja tungu bunyi siren kat masjid jamek ( i miss that sound). Ha lagi 1 sebelum berbuka pakcik aku akan suruh kami ( atau atau adik ) ke masjid untuk ambil bubur lambuk. Lama tak pekena bubur lambuk masjid jamek ni . If i can capture back all those moments kan best.



Sekarang ini aku berbuka puasa di perantauan.. ceh bunyi macam kat manalah kan. Tak la jauh mana. Cuma jauh dari keluarga juga lah. Kalau dok dengan family.. pagi-pagi mak aku dah siapkan mkan sahur dan kejutkan. Kat sini semua kene buat sendiri. So aku telah mengambil inisiatif untuk beli koko krunch , melo dan biskut je lah untuk sahur. Untuk berbuka pulak pandai-pandai la gi usha kat bazar.

Oklah, aku ucapkan selamat berpuasa untuk korang semua, semoga ramadhan kali ini dapat memberi seribu makna pada diri kita. Layankan video di bawah khas untuk anda semua.




Kita jangan jadi macam babi! Sebab babi apabila pergi ke sesebuah taman, walaupun di sana ada bunga mekar nan indah, buah-buahan yang enak-enak dan makanan yang baik-baik, tapi babi akan sentiasa tetap mencari najis dan kotoran.

sebaliknya...


Kita kena jadi macam lebah! Sebab lebah apabila mencari manisan dia akan pergi ke setiap bunga, samaada bunga itu wangi atau busuk, tapi dia tetap akan mengambil manisan daripada bunga tersebut. Dan akhirnya manisan dapat dikumpul di dalam sarangnya, dan terjadilah apa yang dinamakan MADU (ubat bagi segala penyakit) yang memberikan manfaat kepada makhluk lain.

Faham? Renung-renungkan...



"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari
sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,
tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah
lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering
mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari
keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana
caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak
dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari
sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha
dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur
dengan segala kurniaan yang diberi."

"Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya
dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana
ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? meninggalkan dirinya untuk mencari yang lain?. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

p/s: Penyesalan terbesar ialah apabila kita memiliki sesuatu yang baik dan kemudian melepaskanya dengan harapan akan bertemu sesuatu yang lebih baik.


Always put yourself in other people's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the person too.


ini ialah topik blog aku pada kali ini setelah sekian lama tidak menulis akibat kesibukan, kemalasan dan kekurangan idea. Pepatah di atas memang aku guna pakai dalam hidup aku. Atau lebih senang di kata dalam kehidupan seharian aku. Kerana bagi aku ia boleh menghadkan tingkah laku aku... yang positif atau pun yang negetif dan juga membuat aku untuk berfikir 2 kali sebelum mengambil apa apa tindakan atau membuat keputusan.

Sebenarnya kalau mahu di ikutkan mengambil keputusan atau pun membuat apa-apa tindakan sebenarnya perlu melalui beberapa prosedur yang perlu kita tetapkan dalam diri kita. Prosedur tersebut kita yang perlu tetapkan. Kita harus memikikan side effect daripada tindakan kita itu... kesan..kesan yang di berikan.. siapa yang terkena kesan tersebut dan lain-lain. jadi elakan daripada melakukan keputusan yang melulu, atau pun membuta tuli.. yang hanya mengikut perasaan semata-mata sebaliknya.. sebaiknya berfikir dan merancanglah menggunakan akal. dan yang paling penting
Always put yourself in other people's shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the person too.


See ya later.

p/s : Magrib tadi dapat call darai Ayah yang pakcik terkena strok. So Now sedang on the way ke Hospital JB. Kalau takda apa-apa boleh balik, tapi kalau ada pendarahan kena stay Hospital and pastu akan bawak ke Hospital Pakar. Plan esok kalau tak ada masa nak ke JB jap melawat. Apapun aku berharap dan berdoa agar semuanya selamat.

Tika dan saat ini pasukan kita sedang berjuang untuk masuk ke peringkat akhir Piala Thomas. Tika dan saat ini pulak aku pun sedang berjuang menyaipakan taklimat untuk di persembahkan kepada Pengarah Negeri pada hari Isnin atau Selasa ini. Pening-pening. Banyak lagi maklumat belum complete hopefully dapat selesaikan segalanya esok.


Apapun good luck kepada skuada badminton kita, hopefully korang dapat jadi juara ok.



...dan Goodluck juga pada diri aku, moga taklimat ini dapat disiapkan segera dan bila taklimat nanti pengarah tak banyak soal.

Aminn... ok sambung buat Home"work" (kerja dari office yang di buat di rumah)



Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

* Khas buat mak, makcik, arwah makcik & mama

The Date


Clock

Facebook Badge

Tentang aku

Aku sama seperti kalian, hanya seorang yang masih lagi mencari-cari hala tuju dalam laluan hidup yg aku sendiri tak tahu kemana ia akan membawa aku...

YM! Pingbox

Hit Counter

I Follow

Quotes

ShoutBox


Labels